• Bagaimana Cara Saya Membina Aset Bermodalkan Rm100.00 Sahaja!!!

    Saya Akan Kongsikan Bagaimana Anda Juga Boleh Memiliki Aset Seperti Saya

    Salam Hormat, Selamat Datang Ke Laman Perkongsian Saya Ini...

    Dikesempatan Ini Saya Ingin Kongsikan Bagaimana Saya Mula Membina Aset Pada Tahun 2013 Hingga Sekarang.

    Definisi Aset Bagi Saya, "Aset Menambah Wang Ke Dalam Poket Kita, Liabiliti Mengambil Wang Dari Poket Kita"

    Ramai Orang Terkeliru Diantara Aset Dengan Liabiliti, Caranya Mudah, Fahami Definisi Diatas.

    Terlebih dahulu saya ingin perkenalkan diri saya;

    Siapa Saya?

    Saya Mohd Riduwan Bakar merupakan pengasas kepada Syngenius Marketing Solution, Kepakaran saya adalah didalam membantu menyelesaikan masalah orang ramai, terutamanya yang ingin memiliki aset yang terjamin mampu menyediakan aliran tunai berterusan setiap bulan. Menerusi program yang mudah, efektif dan bermodalkan serendah Rm100.00 saya bongkarkan bagaimana saya telah berjaya memperbaiki hidup saya.


    Diperingkat awal penglibatan saya dalam dunia bisnes adalah bermula dari tahun 2005 - 2008, iaitu semasa saya belajar di Universiti. Saya dari keluarga yang susah, ayah saya telah meninggal pada tahun 2000, saya berasal dari pantai timur, anak ke 3 dari 7 beradik, Alhamdulillah saya berjaya melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Diploma kejuruteraan awam di utara Malaysia. Memandangkan keluarga saya susah, jadi saya mengambil keputusan untuk buat bisnes. Saya memang tak tahu nak buat bisnes apa, jadi jalan mudah saya terlibat dengan bisnes jualan langsung seperti CNI, SURECO, Qurba, Alhamdulillah semua gagal, semuanya saya yang makan sendiri, tapi yang paling penting saya berjaya menimba sedikit ilmu.

    Sehinggalah tamat pengajian saya pada tahun 2008, saya mengambil keputusan untuk bekerja dahulu sebelum menyambung kembali pengajian saya keperingkat ijazah. Jadi dapatlah saya membantu ibu saya dikampung.
    Lokasi dunia makan gaji saya pertama adalah di Alor Star kedah, Saya mula bekerja sebagai promoter dikompleks membeli belah Alor Star.

    Kemudian saya berhenti jadi promoter setelah mendapat tawaran sebagai Pembantu Jurutera disebuah syarikat perundingan. Gaji saya pada masa ni Rm1,200.00 sebulan, alhamdulillah saya dah rasa cukup selesa. Setelah 1 tahun saya menimba pengalaman dengan makan gaji, saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran saya di Shah Alam.

    Pada tahun 2010, bermulalah era saya belajar semula. Saya mengambil keputusan untuk belajar sambil bekerja. Saya bekerja sebagai Site Supervisor, di Setia Alam Shah Alam.
    Saya juga melibatkan diri secara aktifkan dalam kelab usahawan, disinilah saya mula terdedah dengan perniagaan online. Semasa difakulti saya juga mengambil kesempatan untuk menjual sandwich.

    Saya mula belajar membina kedai online dengan blogspot.
    Setelah berjaya membina kedai online, saya mula menjadi agen kereta terpakai tolong mempromosikan kereta terpakai di mudah.my, saya berjaya mendapat komisen dari jualan kereta tersebut Rm500 - Rm1000, macam-macam kereta saya masukkan kedalam blog saya.
    Saya cuba menambah produk dengan menjual produk2 yang diimport dari china, jual jam tangan dll.

    Semasa bekerja sebagai Site Supervisor saya juga sempat belajar bagaimana pekerja-pekerja saya mencari duit sampingan, dimana mereka pandai mempromosikan kemahiran mereka yang melibatkan kerja2 paip, elektrik, pengubahsuaian rumah dll. Jadi disini juga saya bekerjasama dengan pekerja-pekerja saya, dimana saya akan membuat promosi untuk dapatkan pelanggan dan pekerja saya akan membuat kerja tersebut, jadi dapatlah saya sedikit komisen dari projek-projek yang berjaya saya dapat.

    Didalam masa yang sama saya juga semakin mahir dengan dunia online, saya mula berkenalan dengan term2 seperti Dropship,Affiliate,agen dll.
    Saya dapati saya lebih cenderung kepada bisnes berkonsepkan Dropship dan Affiliate kerana bisnes bermodelkan Dropship tidak memerlukan modal,produk. Hanya perlukan sedikit kemahiran mempromosi. Manakala bisnes berkonsepkan Affiliate juga banyak percuma, dimana hanya perlu melakukan kerja2 pemasaran secara online seperti 8share.com jumniaga.com, ashadee.com dll


    Tetapi disebabkan saya tidak mempunyai guru bisnes dan hanya bermentorkan buku2 bisnes, sedikit sebanyak perjalanan bisnes saya perlahan. Memandang saya telah sedar akan kelemahan tersebut, jadi saya mengambil keputusan untuk mengikuti seminar-seminar perniagaan yang dianjurkan samaada percuma ataupun berbayar, barulah saya sedar bahawa selama ini perjalanan bisnes saya selama ini adalah tempang, tidak terurus, berisiko.

    Hari ini syukur alhamdulillah... Dengan segala pengalaman, ilmu yang ditimba, keperitan yang dilalui, akhirnya terbalas juga dengan kemanisan kejayaan. Kini saya mempunyai lebih masa bersama keluarga, mempunyai kebebasan, waktu beribadah yang lebih khusyuk.

    Dan yang paling penting adalah saya telah berjaya membantu ramai orang membuat pilihan yang tepat, kerana dengan bantuan dan perkongsian saya telah memberi peluang untuk orang lain mendapat manfaat yang lebih baik serta telah banyak mengubah kehidupan orang lain. Syukur Alhamdulillah...


    Pelajaran Penting Jika Ingin Berjaya Dalam Bisnes Adalah, Jangan Fikir Buat Bisnes Semata-Mata Kerana Duit!!!

    Sebaliknya Kita Perlu Fikir Bagaimana Cara Kita Mampu Menambah Nilai Hidup Orang Lain Dengan Apa Yang Kita Ada...

    Saya sampaikan semula peringatan ini, yang telah saya terima dari mentor saya. Sebenarnya minda kita terlalu miskin jika kita hanya memikirkan duit, apabila kita buat bisnes.

    Jadi mari kita sama-sama mengubah matlamat dalam bisnes kita supaya dengan bisnes yang kita usahakan, kita mampu memberi manfaat kepada orang lain.

    Mengapa Saya Pilih Bisnes Berkonsepkan Affiliate?

    Sebenarnya bisnes berkonsepkan Affiliate sudah tidak asing di Asia, mungkin ramai yang belum tahu terutamanya yang kurang minat terhadap bisnes. Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya membuat kajian dan mendapati telah wujud model-model bisnes berkonsepkan Affiliate di Malaysia seperti MEPS Cash dan BONUSLINK. 2 pihak ini merupakan Affiliate ataupun pihak ke 3 yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan diantara 2 pihak lain, maksudnya;

    MEPS Cash, menyelesaikan masalah orang ramai untuk berurusan diantara bank.
    BONUSLINK, menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat atau perniagaan dengan menyediakan kemudahan kad kesetiaan.

    Dan 2 pihak diatas ini menerima komisen/bayaran diatas perkhidmatan yang telah mereka sediakan, saya cuba kongsikan 2 contoh diatas supaya mudah faham, dan perkara paling penting yang ingin saya tekankan disini adalah, Affiliate ini hanya melakukan kerja sekali sahaja tetapi menerima bayaran berterusan setiap masa.

    Ok, jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang dunia Affiliate, saya syorkan anda buat sedikit kajian.

    Mengapa saya memilih Simkad telefon sebagai platform bisnes Affiliate?

    Untuk pengetahuan anda, sebelum ini saya merupakan pengguna simkad maxis, telah 5 tahun saya menggunakan simkad tersebut. Silapnya saya, adalah saya hanya tahu mengguna, tapi saya tidak pernah ambil tahu tentang peluang perniagaan sebagai dealer maxis. Setelah membuat kajian barulah saya sedar bahawa dealer maxis yang menjual simkad maxis kepada saya selama ini menikmati komisen top up bulanan dari saya selama 5 tahun. Dan sudah terlambat untuk saya mengambil peluang menjadi dealer maxis kerana kosnya sangat mahal, pada tahun 2013 kos untuk menjadi dealer maxis adalah Rm 240K, berbeza ada tahun 1993, kosnya hanyalah sebanyak Rm 6500.

    Sehinggalah pada tahun 2013, saya berpeluang untuk menjadi dealer TuneTalk dengan modal serendah Rm 80, dimana pada waktu ini TuneTalk telah mengeluarkan satu simkad berkonsepkan Affiliate iaitu TuneTalk ToneExcel.

    Disamping ianya murah,ringan,produk keperluan, simkad ini juga memberi banyak kelebihan kepada penggunanya seperti perlindungan insuran kemalangan sebanyak Rm100,000 dan pemberian mata ganjaran secara konsisten untuk setiap kali top up.

    Beberapa langkah yang saya ambil semasa memulakan bisnes ini;

    Langkah 1: Jadi Pengguna

    Pada permulaannya saya hanya menggunakan simkad ini, saya top up seperti biasa.

    Sebelum ini saya menggunakan no maxis, ni no saya dulu 012-5594634 dan saya kekalkan ni dalam rangkaian TuneTalk.

    Langkah 2: Bantu orang lain jadi pengguna

    Setelah menjadi pengguna simkad TuneTalk ToneExcel, saya bantu pula keluarga, adik beradik saya bertukar kepada simkad TuneTalk ToneExcel supaya mereka berpeluang untuk menikmati kelebihan seperti;

    1.Perlindungan insuran kemalangan sebanyak Rm100,000 2.Mata ganjaran dari top up yang boleh ditebus dengan tiket Air Asia serta Tune Hotel.

    Ini sahaja niat saya pada peringkat awal, kerana saya rasa ianya lebih berbaloi berbanding dengan simkad-simkad yang lain.

    Pada bulan seterusnya saya terkejut kerana saya mendapat komisen top up dari adik beradik menerusi akaun Maybank sebanyak Rm 5.43, mungkin sedikit tetapi mulai saat ini saya begitu yakin bahawa simkad yang saya miliki mampu menjadi aset yang bernilai satu hari nanti.

    Selepas itu mulalah saya membantu saudara mara, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan pejabat, kawan-kawan Facebook beralih kepada simkad TuneTalk ToneExcel dengan harapan mereka berpeluang untuk menikmati manfaat seperti perlindungan insuran kemalangan dan mata ganjaran.

    3 bulan selepas itu saya amat terkejut kerana komisen saya telah mencecah ratusan ringgit, saya tidak menyangka dengan hanya membantu orang lain menikmati kelebihan dari simkad TuneTalk ToneExcel, saya mampu menjana pendapatan sampingan tanpa saya sedar, kerana saya hanya membantu mereka sekali sahaja. Saya tak perlu paksa mereka semua top up setiap bulan.

    Kemudian, barulah saya lebih memberi tumpuan pe terhadap bisnes ini, saya  seronok melakukan bisnes ini disamping membantu orang lain.


    Setelah, saya berjaya menikmati hasil pendapatan dari komisen top up, saya cuba berkongsi dengan adik beradik, kawan-kawan saya, dimana mereka semuanya tidak berpuashati dengan saya kerana saya tidak memberitahu perihal kelebihan simkad TuneTalk ToneExcel tersebut mampu menjana komisen top up, apa boleh buat sebab tujuan asal saya adalah hanya ingin berkongsi manfaat perlindungan insuran kemalangan dan mata ganjaran dari simkad TuneTalk ToneExcel.


  • Should be Empty: